Dagangan emas menutup dagangan untuk bulan November dengan prestasi kurang baik selepas mencatatkan paras terendah terbaru sejak Julai lalu.
Faktor penyusutan berterusan US dolar dalam pasaran telah menyokong semula kenaikan harga emas untuk memulakan dagangan pada awal Disember dengan langkah kanan.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur harga emas berbanding US dolar telah menunjukkan kenaikan semula menuju ke paras 1800.00 pada zon SBR (support become resistance).
Harga yang telah membuat kenaikan melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga juga turut memberi isyarat perubahan trend bullish.
Namun masih awal untuk menentukan trend menaik harga telah bermula sehingga harga melepasi zon SBR 1800.00.
Kenaikan yang diteruskan selanjutnya akan menuju semula zon SBR lebih tinggi sebelum ini pada 1850.00.
Sebaliknya jika harga kembali menyambung trend penurunan pada minggu lalu, paras support 1760.00 akan diuji terlebih dahulu untuk meneruskan penurunan lebih rendah.
Melepasi zon tersebut akan mendorong harga menuju paras tumpuan sebelum ini sekitar 1700.00 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 6 bulan.
Pelabur akan kekal memantau sentimen semasa pasaran yang dipengaruhi oleh perkembangan vaksin di mana akan memacu pergerakan harga emas dalam pasaran.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.