Itu Dia! Diam-diam Emas Cuba Naik Balik

944

Emas memulakan langkah untuk keluar dari paras terendah lima bulan pada hari Selasa ketika pasaran menantikan pemangkin daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang akan memberikan keterangan di hadapan Kongres pada malam ini dan esok.

Pada pembukaan sesi Eropah, spot emas diperdagangkan meningkat pada $1,790 per auns, manakala niaga hadapan emas pula stabil pada $1,793 per auns (4.00 petang waktu Malaysia).

Logam berharga itu sebelum ini merekodkan bulan terburuknya dalam tempoh empat tahun setelah jatuh ke paras terendah lima bulan, $1,764 per auns pada hari Isnin.

Menurut nota yang diterbitkan pada hari Isnin sebelum keterangan Powell malam ini, beliau memberitahu bahawa ekonomi Amerika Syarikat tetap berada dalam keadaan tidak menentu walaupun terdapat perkembangan positif mengenai vaksin Covid-19.

Sementara Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin pula menggesa Kongres supaya menggunakan semula dana $455 bilion yang tidak digunakan untuk kemudahan pinjaman tambahan.

Harga emas mungkin telah disokong oleh pernyataan tersebut yang turut menunjukkan kebimbangan Fed terhadap kurangnya sokongan langkah rangsangan daripada kerajaan untuk menyokong ekonomi yang terjejas akibat Covid-19.

Walau bagaimanapun, sentimen pasaran masih positif dengan harapan bahawa vaksin akan diluluskan sebelum akhir tahun ini untuk digunakan secara meluas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat