Michael Novogratz merupakan salah seorang pelabur Bitcoin terkemuka dunia telah menasihatkan agar para pelabur menyimpan lebih banyak emas berbanding Bitcoin. Meskipun beliau menjangkakan bahawa matawang kripto tersebut akan mencatatkan peningkatan sehingga $20,000 dolar pada penghujung tahun 2020 bahkan mampu mengalahkan emas, beliau berpendapat bahawa emas lebih selamat berbanding Bitcoin. Hal ini demikian kerana matawang kripto itu didakwa tidak stabil.
Tambahnya lagi, Bitcoin masih berada di peringkat awal penggunaannya, jadi amat sukar untuk diperolehi. Walau bagaimanapun, mata wang digital utama tersebut secara beransur-ansur mendapat momentum kerana lebih banyak syarikat di seluruh dunia memperkenalkan penggunaannya secara besar-besaran.
Persoalannya, mengapa perlu pilih emas?
Menurut Novogratz, emas telah mencatatkan peningkatan yang ketara selama 9 tahun. Pada 9 Julai, emas telah mencecah harga $ 1,800, iaitu harga tertinggi sejak September 2011. Harga emas yang melambung didakwa hasil daripada ketakutan ekonomi pengaruh wabak COVID-19 terhadap ekonomi. Seterusnya, emas telah didagangkan pada harga $ 1,810, serta mencatatkan peningkatan sekitar 0.1% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Untuk pengetahuan semua, Novogratz dikenali sebagai salah satu pelabur crypto dan blockchain terbesar. Dia mengendalikan Galaxy Digital, firma venture capital dan perdagangan utama. Pada tahun lalu, beliau telah meramalkan bahawa kepentingan institusi akan mendorong harga Bitcoin kembali kepada $ 20,000 sebelum akhir tahun 2019. Namun begitu, jangkaannya meleset lalu Bitcoin diniagakan sekitar harga $ 7,000 pada akhir tahun.