Sentimen positif pasaran secara tidak langsung turut menyokong pada kenaikan harga minyak mentah dalam pasaran.
Dengan pandangan optimis pelabur terhadap pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta pelaksanaan agihan vaksin semakin memberikan gambaran untuk pemulihan ekonomi.
Pemulihan ekonomi akan kembali meningkatkan semula permintaan terhadap minyak mentah untuk menyokong semula aktiviti ekonomi.
Kesan terhadap pasaran kewangan pula, dolar Kanada akan mendapat kelebihan untuk mengukuh dalam pasaran ekoran minyak mentah yang menjadi eksport utama Kanada.
Pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD, dapat diperhatikan harga kian ditekan rendah namun terhalang pada zon support 1.26900.
Kenaikan harga sepanjang minggu ini juga dilihat gagal melepasi rintangan pada zon SBR (support become resistance) pada 1.27800.
Kekuatan nilai bagi US dolar dan dolar Kanada agak seimbang namun pada sesi yang berbeza-beza membuatkan harga bergerak mendatar dalam satu julat harga sekitar 100 pips.
Pelabur akan menantikan isyarat lebih jelas sama ada berita positif pasaran minyak akan menyokong lonjakan nilai Loonie sekaligus menyaksikan harga ditekan lebih rendah melepasi zon support 1.26900.
Namun jika sebaliknya sentimen pasaran berubah, harga boleh melonjak melepasi zon SBR 1.27800.
Kenaikan harga yang diteruskan akan menguji kembali zon rintangan harga minggu lalu pada sekitar 1.28300.
Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI