Dalam persidangan LA Blockchain Summit pada 6 Oktober, pengasas bersama Ripple, Chris Larsen telah menyelar Amerika Syarikat (AS) kerana gagal menyaingi China dalam menghasilkan sistem kewangan global untuk generasi akan datang.
Larsen berpendapat dalam perbalahan antara dua negara ini, AS telah ketinggalan jauh ketika China lebih telus dalam menyusun perundangan mereka dan mengaplikasikan inovasi dalam blockchain serta beberapa teknologi yang baru muncul termasuk data besar, pengawasan dan A.I.
Malah, individu penting Ripple itu juga turut menyatakan kegagalan AS dalam menjadikan matawang dolar sebagai matawang digital, tidak seperti China yang sudah maju dalam matawang digital bank pusat (central bank digital bank currency, CBDC).
Ini bermakna tidak lama lagi China akan lebih berkuasa memperluaskan kegunaan matawang yuan ke seluruh dunia sekaligus melemahkan kedudukan dolar yang mendominasi pasaran antarabangsa ketika ini.
Sebenarnya, pada awal minggu ini wakil gabenor People’s Bank of China, Fan Yi Fei mengumumkan bank pusat telah menyelesaikan transaksi domestik bernilai lebih $162 juta melalui program Digital Currency, Electronic Payment (DCEP).
Ekoran daripada itu, Larsen berharap Securities and Exchange Commission (SEC) tidak menfokuskan kepada dasar pengecualian untuk menghentikan initial coin offering (ICO). Sebaliknya, beri perhatian terhadap blockchain memandangkan teknologi itu merupakan senjata kritikal dalam menumpaskan China.
Larsen juga mengingatkan kedudukan China yang mendominasi perlombongan matawang kripto, tidak mustahil jika negara itu akan menyekat segala transaksi memandangkan Chinese Community Party mengawal pelombong Cina.