Sentimen optimis pasaran turut dipengaruhi oleh unjuran positif China terhadap pemulihan ekonomi dan juga pasaran saham. Matawang safe-haven susut pada permulaan dagangan awal minggu sementara matawang komoditi catat peningkatan.
Dolar Australia mendapat kelebihan pada dagangan sesi Asia yang memperlihatkan kenaikan berbanding US dolar pada carta pasangan matawang AUD/USD.
Namun pelabur kekal berhati-hati untuk dagangan dolar Aussie menjelang keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat Australia pada Selasa.
Bermula di sekitar paras 0.69300 dan juga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50), harga pada carta AUD/USD meneruskan kenaikan seawal sesi Asia bermula pagi ini sehingga lebih 50 pips mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.
Namun setelah mencapai paras ketinggian sekitar 0.69800, harga kembali pamerkan penurunan semula pada awal sesi Eropah setelah gagal melepasi zon resistance tersebut.
Penurunan harga bakal menuju semula ke paras tumpuan 0.69300 atau lebih rendah atau lebih rendah ke zon RBS (resistance become support) dalam julat 0.69200-0.69100.
Harga yang kembali bergerak di bawah paras halangan MA50 akan memberi isyarat perubahan trend bearish dengan penurunan akan menuju semula zon support di paras 0.68100.
Namun jika sentimen pasaran semakin bertambah pulih dan melemahkan dagangan US dolar, harga bakal didorong ke paras lebih tinggi menuju zon resistance 0.70000.
Pelabur akan memberi tumpuan terhadap data PMI perkhidmatan Amerika Syarikat tinjauan ISM yang akan diterbitkan pada sesi New York sebentar nanti yang akan mempengaruhi pergerakan matawang US dolar.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI