Syarikat penerbangan di Asia berdepan detik sukar apabila hanya merekodkan 724,000 penumpang pada bulan ini, penurunan sebanyak 98% berbanding tahun lalu.
Menurut Persatuan Penerbangan Asia Pasifik (AAPA) dalam satu kenyataan dikeluarkan, purata faktor beban penumpang hanya mencatatkan 36.3% sahaja.
Ujar Pengarah Besar AAPA, Subhas Menon, prospek pemulihan industri penerbangan untuk separuh kedua tahun ini masih tidak jelas susulan sekatan perjalanan yang masih dilaksanakan oleh semua negara ekoran pandemik Covid-19.
Tambah Menon, industri penerbangan di rantau Asia Pasifik mengalami kerugian besar dan rizab tunai setiap syarikat turut semakin berkurangan.
Berdasarkan laporan Bloomberg, saham syarikat penerbangan di Asia Pasifik susut sebanyak 35% sejak pertengahan Januari.