Perdana Menteri UK, Boris Johnson sedikit kecewa dengan apa yang berlaku dan memberi amaran kepada Kesatuan Eropah (EU) pada hari Rabu bahawa permintaan yang diusulkan oleh EU adalah tidak munasabah.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson telah menuju ke Brussels pada hari Rabu untuk mengadakan rundingan bersemuka dengan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen sebagai ikhtiar terakhir untuk mementerai perjanjian perdagangan dan mengelakkan sebarang pergolakan dalam tempoh 3 minggu ini.
Kedua-dua belah pihak menganggap pertemuan tersebut membuka peluang untuk menjayakan rundingan perdagangan antara EU dan UK sebelum 31 Disember.
Johnson mengatakan Brussels mengusulkan agar UK mematuhi undang-undang baru EU pada masa hadapan atau jika masih berkeras maka tindakan tegas akan diambil. Dalam masa yang sama, EU menegaskan bahawa mereka akan memberikan kedaulatan kepada UK ke atas kawasan perairan namun dengan bersyarat sepert tersebut.
Johnson yakin bahawa usulan itu tidak akan diterima oleh mana-mana menteri UK. Tambah beliau, kesepakatan yang baik dapat dilakukan jika EU membatalkan tuntutannya. Akhir sekali UK bersedia untuk bergerak ke hadapan tanpa perjanjian perdagangan.
Matawang GBP masih mengekalkan pengukuhan berbanding US dolar dengan pengukuhan sebanyak 0.80% kepada paras tukaran 1.3459.