Bitcoin (BTC) pada hari ini menunjukkan kejutan penyusutan mendadak selepas pengukuhan beberapa hari pada tahap $19,000.
Ketika penulisan, aset Satoshi Nakamoto didagangkan pada $18,2777, susut 4.78% untuk tempoh 24 jam.
Ethereum (ETH) juga dilihat susut 7.06% kepada paras harga $547 dan Ripple (XRP) susut lebih teruk sebanyak 9.37% pada nilai $0.5.
Penyusutan mengejut ini didorong oleh lonjakan indeks US dolar (DXY) sejak rekod terendah pada minggu lalu. DXY menyaksikan penurunan kuat pada minggu lalu, menyebabkan Bitcoin kekal bertahan pada harga tinggi dan turut mengukuhkan pasaran saham.
Ketika BTC susut, S&P 500 menunjukkan peningkatan, menunjukkan sentimen kedua-dua pasaran itu sudah mula berubah.
Penganalisis mengandaikan akan berlaku penyusutan yang lebih dahsyat ekoran daripada permulaan pembetulan.
Terdapat juga penganalisis lain yang memberi isyarat berhati-hati selepas teknikal terbaru dan trend on-chain yang mula muncul.
Penganalisis terkemuka kripto, Willy Woo menyifatkan pergerakan Bitcoin yang semakin lemah tidak menunjukkan sebarang sokongan dan teka-teki arah tuju aset tersebut masih lagi menjadi tanda tanya.