Dagangan bagi matawang Eropah dilihat mencatatkan penyusutan pada awal minggu. Seperti pergerakan pasif matawang Euro, Pound Sterling turut mencatatkan penurunan ketara berbanding US dolar pada dagangan Isnin semalam.
Pada carta harga pasangan matawang GBP/USD semalam, harga mencatatkan penurunan harian sekitar 150 pips.
Membuat kenaikan pada awal sesi Asia ke paras 1.24340, harga kemudian menjunam bersambung sehingga ke sesi pasaran Eropah sehingga mencecah paras terendah harian sekitar 1.22800.
Penyusutan bagi matawang Pound didorong oleh kekeliruan pada mesej yang ingin disampaikan oleh Perdana Menteri UK Boris Johnson dalam berdepan wabak pandemik COVID-19.
PM Johnson menggalakkan rakyatnya untuk keluar bekerja dalam usaha untuk meningkatkan semula aktiviti ekonomi, namun dalam masa yang sama turut menasihatkan rakyatnya untuk kekal berada di rumah untuk membendung penularan yang lebih serius.
Sementara itu, rundingan Brexit masih diteruskan walaupun kebimbangan pasaran terhadap perkembangan rundingan tersebut masih meningkat.
Bergerak di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, carta harga GBP/USD masih menunjukkan trend bearish bersambung pada dagangan hari ini.
Namun harga yang turun menguji paras support semalam kembali membuat kenaikan pada penghujung sesi Asia sehingga dagangan bersambung ke sesi pasaran Eropah.
Kenaikan yang diteruskan akan menguji halangan dinamik MA50 jika kenaikan lebih tinggi diteruskan. Seterusnya harga akan menuju zon tumpuan sekitar 1.24000.
Destinasi kenaikan harga yang diteruskan seterusnya berkemungkinan menuju ke paras 1.25000.
Namun jika harga kembali pamer penurunan semula, paras terendah harian semalam sekitar 1.22800 akan dilepasi harga sebelum menguji pula zon support pada 1.22500.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI