Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada hari ini telah mendedahkan bahawa hubungannya dengan Presiden China Xi Jinping telah terjejas berikutan dengan penularan wabak novel coronavirus. Selain itu, pemimpin negara tersebut turut menyatakan bahawa beliau sudah lama tidak berhubung dengan rakannya yang berasal dari China itu.
Menurut Trump, beliau memiliki hubungan yang sangat baik dengan presiden China bahkan amat menyenangi pemimpin negara berkenaan. Akan tetapi, situasi sekarang tidak lagi sama seperti dahulu.
Tambahnya lagi, perasaannya didakwa telah berubah ketika penularan wabak COVID-19.
Trump, yang kini sibuk dengan kempen pilihan raya Amerika Syarikat yang dijadualkan pada 3 November pernah menjadikan China sebagai bahagian penting dalam kempen presiden beliau pada 2016 serta menjalinkan hubungan persahabatannya dengan Xi selama beberapa penggal ketika untuk memanfaatkan negara itu melalui perjanjian perdagangan.
Akan tetapi, beliau mendakwa bahawa kesan daripada penularan wabak itu adalah lebih buruk daripada konflik perdagangan. Hal ini demikian kerana telah banyak nyawa yang terkorban bahkan seluruh dunia terpaksa melaksanakan perintah berkurung serta ianya dianggap sebagai perkara yang sangat memalukan.
Laporan pertama mengenai virus itu muncul dari China pada akhir 2019 dan kini telah menjangkiti lebih daripada 20 juta orang dan membunuh sekurang-kurangnya 735,369 nyawa di seluruh dunia, termasuk sekurang-kurangnya 5.1 juta kes dan sekurang-kurangnya 163,160 kematian di Amerika Syarikat.