Kes jangkitan Coronavirus yang terus meningkat dilihat mengimbangi sentimen positif pasaran selepas perkembangan ujian vaksin.
Faktor tersebut juga menjadi penghalang buat dagangan komoditi terus mengukuh sebaliknya memberi kelebihan kepada mata wang safe-haven seperti Yen untuk didagangkan meningkat walaupun pergerakan harga dilihat perlahan pada minggu ini.
Peningkatan nilai tidak begitu ketara, namun pergerakan lebih jelas harga dapat dilihat berbanding mata wang yang lemah seperti Euro yang terkesan dengan faktor ekonomi yang terjejas.
Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY menunjukkan corak penurunan harga dengan kadar yang perlahan.
Harga telah bergerak di bawah paras rintangan 124.300 di mana paras tersebut diuji pada awal minggu namun harga kembali turun semula selepas menyentuhnya.
Pergerakan harga semalam turut melihatkan harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat trend bearish.
Penurunan harga yang diteruskan pada hari ini berkemungkinan akan menuju paras sokongan 123.100 pada zon RBS (resistance become support).
Namun, pergerakan harga kekal bergantung pada sentimen pasaran berdasarkan perkembangan vaksin serta penilaian pada kes jangkitan virus.
Jika sentimen pasaran terus memulih dan melemahkan dagangan safe-haven Yen, harga bakal meningkat semula menuju ke paras 124.300 untuk harga menguji paras rintangan tersebut.
Seterusnya, pada kenaikan yang lebih tinggi, zon resistance 125.00 akan menjadi tumpuan utama pelabur.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI