Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Menurut WHO, kes coronavirus di seluruh dunia kini mencecah 113,851 manakala jumlah kematian yang direkodkan kira-kira 4,015. United Kingdom antara yang menyumbang kepada angka berkenaan.
Terbaru, UK mengesahkan 2 lagi kematian dengan jumlah kes sebanyak 24 akibat virus merbahaya itu. Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah Menteri Kesihatannya, Nadine Dorries didakwa telah dijangkiti!
Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan, menteri berkenaan dikatakan telah jatuh sakit pada hari Jumaat lalu disahkan positif COVID-19 pada petang Selasa. Kini, beliau sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital.
Melalui sebuah post yang dimuatnaik di laman twitternya, Nadine Dorries memberikan ucapan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang diperolehi serta mendedahkan bahawa ibunya yang berusia 84 tahun telah mengalami simptom COVID-19 iaitu batuk. Selain itu, beliau juga mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan dan kerap membasuh tangan.

Sementara itu, punca jangkitan tersebut masih belum diketahui. Menurut Nadine Dorries, Public Health England sedang menjalankan penyiasatan terperinci berkenaan dengan kontak terdekat virus itu merangkumi jabatan dan pejabat yang dihadirinya.
























































