Sentimen pasaran kekal berisiko sehingga ke penghujung minggu membuatkan dagangan matawang sensitif-risiko terus bergerak lemah termasuk dolar Australia.
Turut memberi tekanan pada Khamis apabila laporan data pekerjaan tampil dengan bacaan yang lemah. Kadar pengangguran di Australia meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 19 tahun.
Namun dagangan Aussie pada hari ini kembali disokong oleh terbitan data jualan runcit Australia untuk bulan Mei yang melonjak semula dari kejatuhan terbesar yang dicatatkan pada bacaan sebelumnya.
Pada carta harga bagi pasangan matawang AUD/USD, pergerakan harga agak mendatar dengan penurunan yang lemah sejak Rabu dan masih belum berjaya lepas paras 0.68300.
Begitu juga seperti pergerakan harga semalam yang masih gagal turun lebih rendah di bawah paras 0.68300 walaupun kenaikan harga gagal lepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD.
Pengukuhan US dolar dalam suasana pasaran berisiko berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap gelombang kedua Coronavirus akan terus menekan harga ke paras lebih rendah.
Penurunan harga akan menguji zon support sekitar 0.68000 dan berkemungkinan akan meneruskan penurunan sehingga ke paras 0.67000.
Sebaliknya jika harga kembali melonjak semula, zon SBR (support become resistance) sekitar 0.69000 akan diuji sebelum kenaikan lebih tinggi diteruskan.
Paras tumpuan seterusnya adalah pada zon resistance 0.7000 yang diuji pada minggu lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI