Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD semalam telah mempamerkan penurunan pada awal sesi Eropah dengan reaksi pasaran menjelang data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK yang dijangkakan lemah.
Data yang diterbitkan adalah lebih rendah berbanding jangkaan, namun penurunan harga sebaliknya tidak diteruskan dengan pergerakan harga dilihat lebih mendatar berbanding matawang Euro yang terus mencatatkan penurunan.
Malah harga kembali membuat kenaikan pada sesi New York semalam berikutan data ekonomi Amerika Syarikat pula mencatatkan bacaan yang lemah.
Dengan penyusutan dagangan US dolar, harga pada carta GBP/USD telah mencatatkan kenaikan ke paras tertinggian harian sekitar 1.2413 sebelum harga kembali membuat penurunan semula selepas menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.
Pergerakan harga mendatar sepanjang sesi Asia pada hari ini di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Namun awal pembukaan sesi Eropah melihatkan harga mula menunjukkan penurunan selepas data jualan runcit UK untuk bulan Mac diterbitkan dengan angka yang lebih rendah berbanding jangkaan penurunan pasaran.
Ini akan terus memberi tekanan terhadap dagangan Pound dan mendorong harga meneruskan penurunan lebih rendah.
Penurunan dilihat akan kembali menuju semula zon support yang diuji harga sekitar 1.2250 ketika penurunan drastik harga pada Selasa lalu.
Namun jika harga kembali pamerkan kenaikan semula, zon SBR pada ketinggian yang diuji semalam akan kembali menjadi tumpuan.
Kenaikan harga melepasi paras tersebut dijangka akan menuju pula paras ketinggian pada 1.2500.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI