Laporan pasaran buruh Amerika Syarikat dilaporkan pulih secara perlahan pada buan September dimana ekonomi A.S hanya mencatat penambahan sebanyak 661,000 perkerjaan NFP pada pertengahan bulan. Bacaan ini ini kurang dari separuh daripada peluang pekerjaan yang diciptakan pada awal hingga pertengahan Ogos.
Jumlah yang dicatat adalah jauh tersasar daripada jangkaan para penganalisis yang mensasarkan penciptaan pekerjaan adalah sebanyak 850,000. Walaubagaimanapun, jumlah pekerjaan pada bulan Ogos telah disemak semula kepada 1.47 juta pekerjaan dicipta.
Pakar startegi makro Societe Generale, Kit Juckers mengulas mengenai angka NFP ini bahawa pemulihan sektor pekerjaan masih memulih namun sedikit perlahan.
Disisi lain, berita baiknya, kadar pengangguran jatuh lebih dari yang dijangkakan daripada 8.4% pada bulan Ogos kepada 7.9%. Penganalisis pada awalnya menjangkakan kadar pengangguran hanyalah akan turun kepada 8.2% pada bulan September. Bukan sekadar itu, indikator pengangguran ‘U6’ yang mengambil kiraan yang lebih luas juga dilaporkan berkurangan namun masih berada pada tahap yang membimbangkan iaitu pada 12.8%.
Pengurangan penambahan pekerjaan adalah disebabkan pengurangan dalam sektor pekerjaan. Pekerjaan sektor swasta pula telah berkembang sebanyak 877,000 iaitu satu angka yang lebih dari yang dijangkakan.
Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan kepada paras 93.915 setakat jam 9.25 p.m.