Harga pengguna Amerika Syarikat terus mencatat kejatuhan tiga bulan berturut-turut sehingga pada bulan Mei berikutan permintaan yang masih tetap lemah di tengah kemelesetan ekonomi yang terkesan oleh penularan wabak Covid-19.
Jabatan Tenaga Kerja A.S melaporkan pada hari Rabu bahawa Indeks Harga Pengguna (IHP/CPI) jatuh sebanyak 0.1% pada bulan Mei setelah jatuh sebanyak 0.8% pada bulan sebelumnya iaitu April. Kejatuhan pada bulan Mei ini merupakan kejatuhan terbesar sejak Disember 2008. Dalam tempoh 12 bulan sehingga Mei, bacaan CPI telah naik sebanyak 0.1% setahun.
Bacaan sebenar yang dicatat ini adalah lebih buruk daripada jangkaan para pakar ekonomi, dimana para pakar ekonomi meramalkan bacaan CPI tidak berubah pada bulan Mei dan mencatat peningkatan 0.2% setahun.
Penularan pandemik dan perintah berkurung yang dikenakan telah memperlahankan ekonomi untuk berkembang dan secara tidak langsung telah mendorong ekonomi A.S kepada fasa kemelesetan. Permintaan yang lemah dari pengguna telah mendorong harga untuk jatuh.
Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan rendah pada paras 96.073, kejatuhan sebanyak 0.26% setakat jam 09.10 p.m