Sebelum ini Team Intraday membawa khabar baik mengenai Bitcoin 10x lebih bernilai dari emas.
Indeks Bloomberg Galaxy Crypto baru-baru ini menyaksikan lonjakan aset digital sehingga 66%, mengatasi 20% kedudukan emas.
Berdasarkan pemerhatian pakar strategi Bloomberg Intelligence, peningkatan dalam penggunaan kewangan tidak berpusat (DeFi) telah mendorong kepada lonjakan Ethereum yang mendukung lebih separuh industri kripto.
DeFi bermula pada awal 2020 lagi sudah berkembang sehingga $9 bilion dari nilai sebelumnya iaitu kurang daripada $700 juta.
Selain DeFi, Bitcoin juga mendapat perhatian sepanjang krisis COVID-19 sebagai aset paling selamat sama seperti emas ketika risiko meningkat.
Risiko yang dimaksudkan dalam industri ini membawa kepada situasi ekonomi yang terbantut membuka jalan kepada industri matawang digital untuk menjadi lebih bernilai berbanding aset lain.
Tidak dinafikan pasaran kripto juga ada turun naiknya dan bergantung kepada kecairan, tidak membuktikan keselamatan DeFi seperti yang dikatakan.
Indeks Bloomberg Galaxy Crypto sebelum ini susut lebih dari 8% dalam tiga sesi sepanjang Selasa berikutan pandemik yang melemahkan sentimen beberapa aset. Penanda aras juga turun lebih dari paras tertinggi 20% pada Ogos.
Walau bagaimanapun, industri kripto masih lagi berkeadaan positif apabila jumlah pelabur semakin meningkat sejajar dengan lonjakan pasaran Bitcoin dan Ethereum.