Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Madrid bagi membantah arahan penggunaan pelitup muka dan beberapa sekatan lain yang dikenakan oleh kerajaan Sepanyol bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di negara itu.
Penunjuk perasaan mengangkat slogan yang tertulis ‘Virus tidak wujud’, ‘Topeng membunuh’ dan ‘Kami tidak takut’.
Bantahan itu turut disertai oleh golongan teori konspirasi, penentang vaksin dan liberalisasi.
Dakwa seorang penunjuk perasaan yang dikenali sebagai Pilar Martin, kerajaan-kerajaan di seluruh dunia sengaja menggembar-gemburkan jumlah kes Covid-19 kerana mahu menyekat kebebasan orang ramai.
Ujar Martin, dia seperti rasa dipaksa untuk memakai pelitup muka dan berkurung di rumah. Dakwanya lagi, kerajaan menipu golongan sepertinya.
Kebanyakan penunjuk perasaan enggan memakai topeng muka meskipun arahan sudah dikeluarkan di seluruh negara berikutan peningkatan kes baharu sejak kerajaan menarik balik perintah berkurung pada 21 Jun lalu.
Protes tersebut berlaku dua hari selepas kerajaan mengumumkan sekatan baharu termasuklah penutupan disko dan larangan merokok di tempat awam.
Sepanyol mencatatkan bilangan kes kematian sebanyak hampir 29,000 orang setakat ini.