Walaupun bank di Amerika Syarikat (AS) masih bercuti pada Isnin, namun US dolar berjaya untuk didagangkan stabil dengan momentum positif laporan pekerjaan NFP minggu lalu.
Penganalisis pasaran akan menilai reaksi pelabur sama ada melihat ke arah pemulihan ekonomi AS berdasarkan bacaan data pekerjaan yang baik atau sebaliknya memberi tumpuan terhadap perubahan polisi oleh Federal Reserve (Fed) yang bernada dovish.
Kedua-dua faktor tersebut akan mempengaruhi arah pergerakan yang berbeza buat US dolar selepas ini.
Sementara matawang Euro pada awal minggu ini akan terus dijangka berisiko menjelang mesyuarat polisi monetari bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis nanti untuk pelabur nantikan kenyataan susulan Gabenor selepas kadar faedah dijangka akan dikekalkan di paras sifar.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam, harga menunjukkan corak penurunan yang agak mendatar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Seperti yang dijangkakan, harga kembali semula menguji zon support pada 1.18000 pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini.
Jika harga berjaya menembusi zon tersebut, paras support lebih rendah akan menjadi tumpuan iaitu sekitar paras 1.17200.
Sebaliknya, jika zon support 1.1800 tersebut masih gagal dilepasi, harga yang bergerak pantul semula akan membuat kenaikan menguji halangan dinamik MA50.
Kenaikan lebih tinggi dilihat akan diteruskan ke zon SBR (support become resistance) di sekitar 1.19000.
Pelabur akan meneliti juga data-data ekonomi pada sesi Eropah sebentar nanti yang berkemungkinan akan mempengaruhi pergerakan Euro dalam pasaran.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI