US dolar yang menunjukkan pengukuhan pada dagangan semalam kembali bergerak lemah sementara pelabur berhati-hati menjelang keputusan mesyuarat FOMC selepas data inflasi US diterbitkan.
Dengan penyusutan US dolar kembali memberi ruang untuk Euro kembali meneruskan pengukuhan yang terbantut sejak awal minggu ini.
Walaupun pakej rangsangan tambahan yang diumumkan oleh European Central Bank (ECB) sebelum ini telah mendorong pengukuhan Euro, namun siri kenaikan harga mula perlahan ekoran beberapa isu yang timbul dalam pelaksanaan bantuan sokongan kewangan terhadap negara-negara anggota.
Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga mencapai kenaikan ke paras ketinggian sekitar 1.13800 pada Jumaat lalu sebelum pergerakan mendatar harga di bawah paras 1.13100 dipamerkan pada dagangan awal minggu ini.
Jangkaan untuk perubahan trend bearish pada carta EUR/USD semalam meleset selepas harga yang turun ke paras sekitar 1.12400 kembali melonjak semula melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Sesi pasaran Asia hari ini melihatkan pergerakan perlahan harga sebelum kenaikan dapat dilihat pada dagangan sesi Eropah apabila harga bergerak naik melepasi paras ketinggian yang dicapai semalam sekitar 1.13600.
Kenaikan yang diteruskan berkemungkinan menuju paras 1.14100 sebelum menguji zon resistance pada ketinggian 1.14900.
Paras resistance tersebut merupakan paras tertinggi yang dicapai ketika lonjakan ketara pada dagangan Mac lalu sebelum harga kembali menjunam setelah gagal melepasinya.
Namun jika harga kembali membuat penurunan semula melepasi sokongan MA50, paras terendah harian semalam pada zon RBS (resistance become support) akan kembali diuji.
Penurunan lebih rendah akan menuju ke zon RBS 1.12000 semula dan melepasi penurunan di bawah zon tersebut akan memberi isyarat lebih jelas perubahan trend bearish.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI