Permulaan dagangan untuk minggu ini menyaksikan penyusutan buat matawang safe-haven terutama US dolar dan Yen dengan penganalisis dari Citi Bank turut mengunjurkan pandangan bearish untuk aset berisiko sebelum ini kepada lebih neutral.
Walaupun begitu, peningkatan angka kes jangkitan Coronavirus khususnya di Amerika Syarikat (AS) masih lagi menjadi kebimbangan para pelabur. Perkembangan ujian vaksin juga perlahan membuatkan tumpuan pasaran terarah pula kepada perkembangan pemulihan ekonomi.
Seperti yang dipaparkan oleh pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga telah melonjak pada awal sesi Asia dengan kenaikan sekitar 40 pips selepas melepasi paras ketinggian pada Jumaat lalu.
Sementara itu, Goldman Sachs pula memberikan pandangan optimis terhadap pertumbuhan ekonomi Eropah yang berkemungkinan memberi sokongan terhadap dagangan Euro.
Walaupun menunjukkan kenaikan harga, matawang Euro masih lagi dilihat berisiko selepas Presiden European Central Bank (ECB), Christine Lagarde pada Sabtu lalu menyatakan bahawa Eropah berkemungkinan akan berdepan tekanan harga untuk 2 tahun berikutan fasa transformasi ekonomi yang terkesan oleh pandemik Covid-19.
Kenaikan harga pada carta EUR/USD menuju paras rintangan 1.13000 yang diuji pada dagangan Khamis lalu sebelum harga membuat penurunan semula.
Kenaikan yang diteruskan bakal menguji pula paras rintangan sekitar 1.13500 yang merupakan zon SBR (support become resistance) sebelum ini.
Namun jika harga kembali membuat penurunan semula lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, zon support pada 1.12000 akan kembali menjadi tumpuan.
Jika harga berjaya melepasi zon support tersebut, penurunan lebih rendah dijangkakan sehingga mencecah paras support pada 1.11000.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI