Pergerakan harga perlahan sepanjang sesi pasaran Asai pagi ini memulakan dagangan awal minggu dengan ketiadaan data-data ekonomi penting serta bank-bank utama yang masih ditutup.
US dolar masih diniagakan berisiko sejak minggu lalu dengan kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19 di Amerika Syarikat semakin membimbangkan.
Amerika Syarikat kini mencatatkan kes kematian tertinggi dunia melebihi 22,000 korban akibat COVID-19 mengatasi Itali dan kes jangkitan juga merupakan yang tertinggi melepasi angka 560,000 kes.
Pergerakan harga mula aktif pada awal sesi pasaran Eropah bermula dengan US dolar terus didagangkan menyusut.
Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga yang bergerak mendatar pada awal sesi Asia kemudiannya telah membuat lonjakan melepasi paras ketinggian 1.09500 yang merupakan resistance pada dagangan minggu lalu.
Euro dijangka mampu bergerak lebih kukuh berbanding US dolar selepas Menteri-menteri kewangan dalam Kesatuan Eropah (EU) telah bersependapat dalam melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang bernilai €540 bilion untuk membantu negara anggota yang terjejas.
Harga pada carta EUR/USD berkemungkinan meneruskan kenaikan menuju paras tumpuan pada 1.1000.
Kenaikan lebih tinggi akan menuju zon resistance di bawah paras 1.11400 iaitu ketinggian yang dicapai harga pada penghujung dagangan Mac lalu.
Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, harga akan kembali menguji zon RBS (resistance become support) di bawah paras 1.09500 sebelum turun lebih rendah melepasi 1.09200.
Penurunan seterusnya bakal menuju zon RBS 1.08400 yang menjadi paras sokongan harga pada minggu lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI