US dolar pada penghujung dagangan minggu telah mempamerkan pengukuhan selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Jumaat.
Pelabur melihat pengukuhan US dolar pada penghujung minggu adalah berikutan aktiviti pengambilan keuntungan untuk posisi jualan US dolar sebelumnya selain beberapa faktor yang menyokong peningkatan matawang tersebut.
Antaranya ialah tindakan sekatan terhadap pemimpin Hong Kong Carrie Lam dan beberapa pegawai China oleh pentadbiran Donald Trump disebabkan penglibatan mereka dalam pergolakan politik.
Selain itu juga, pelabur akan terus memantau perkembangan penularan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan khususnya di Amerika Syarikat.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang utama EUR/USD, harga dilihat telah beberapa kali menguji paras resistance 1.19000 namun gagal menembusinya sebelum penurunan pada Jumaat lalu telah melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat awal perubahan trend.
Memulakan dagangan pada minggu ini, pergerakan harga masih perlahan di sesi Asia dengan harga berlegar pada zon tumpuan pada sekitar 1.18000.
Penurunan yang diteruskan harga dilihat akan kembali menguji zon RBS (resistance become support) sekitar 1.17000 yang menjadi paras sokongan untuk dagangan 2 minggu yang lalu.
Namun jika harga kembali membuat lonjakan semula, paras resistance 1.19000 akan kembali diuji untuk pelabur lihat sama ada harga mampu menembusi ke paras lebih tinggi untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak Mei 2018.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI