Pergerakan agresif bagi dagangan emas hari ini dipamerkan dengan paras tertinggi terbaru dicapai lagi berbanding dagangan semalam.
Paras tertinggi yang dicatatkan pada Isnin mencapai paras sekitar 1945.00 pada carta XAU/USD selepas berjaya melepasi paras tertinggi sebelum ini yang pernah direkodkan pada 2011.
Namun, paras tersebut terus diatasi pada dagangan pada sesi Asia pagi ini dengan kenaikan yang dipamerkan harga sehingga mencecah ke paras tertinggi sepanjang masa pada 1980.00.
Memberi kejutan lagi kepada para pelabur apabila harga yang merekodkan paras tertinggi tersebut kembali menjunam sehingga lebih 700 pips pada dagangan yang bersambung ke sesi Eropah.
Paras ketinggian 1916.00 yang dicapai pada September 2011 lalu itu menjadi zon RBS (resistance become support) yang diuji harga.
Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) juga dilihat masih cuba untuk diuji harga walaupun menunjukkan sedikit kenaikan semula.
Ini adalah didorong oleh faktor jangkaan penggubal polisi Amerika Syarikat (AS) yang semakin hampir untuk mencapai kesepakatan dalam pelaksanaan rangsangan fiskal yang kembali menyokong semula dagangan US dolar dalam pasaran.
Pengukuhan US dolar dilihat bersifat sementara yang menjadi faktor penurunan harga emas dengan kes jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) masih lagi di tahap membimbangkan.
Dengan siri kenaikan harga selama 7 hari berturut-turut telah membuatkan pelabur menjangkakan harga emas mampu melonjak sehingga ke paras $2000 per auns.
Namun penurunan drastik harga pada hari ini berkemungkinan kembali merendahkan semula keyakinan terhadap ramalan tersebut.
Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI