Tak Sempat Naik Ke $2,000, Emas Jatuh Semula

2,798

Sesi pasaran Asia menyaksikan logam kuning terus meningkat lebih tinggi dengan mencatatkan rekod tertinggi sepanjang masa pada $1980 per auns sebelum kembali merosot setelah US dolar kembali memaparkan kenaikan.

Spot emas didagangkan di sekitar paras harga $1940 per auns (11.30 pagi waktu Malaysia), sementara niaga hadapan emas pula menunjukkan penurunan kepada $1933 per auns.

Dolar greenback kembali mencatatkan peningkatan berbanding sekumpulan matawang utama, namun masih didagangkan rendah pada paras terendah dua tahun ditekan oleh kebimbangan terhadap impak terhadap ekonomi akibat Covid-19.

Pasaran kini sedang menantikan perkembangan dalam tindakan selanjutnya daripada pentadbiran Trump untuk menyokong ekonomi AS daripada impak coronavirus yang masih mengganggu usaha pemulihan di negara itu.

Pada Isnin, Republikan Senat mengumumkan pakej rangsangan bantuan bernilai $1 trilion yang telah dipersetujui bersama White House, di mana ia mensasarkan penganggur yang kehilangan pekerjaan disebabkan penularan wabak Covid-19.

Walau bagaimanapun, ia juga perlu mendapatkan persetujuan daripada Demokrat untuk melaksanakannya.

Sementara itu, mesyuarat polisi FOMC yang bakal berlangsung awal pagi Khamis ini akan menjadi tumpuan utama pasaran, di mana Federal Reserve (Fed) dijangka lebih dovish dalam berbicara mengenai dasar monetari semasanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat