Dagangan emas berikan khabar gembira buat pelabur emas berikutan corak kenaikan harga yang dipaparkan pada carta harga XAU/USD.
Jika diperhatikan, harga telah melonjak semalam pada sesi Eropah kembali melepasi semula paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberikan isyarat trend bullish harga.
Selepas mencapai paras harga 1962.00, harga kembali turun sedikit untuk menutup dagangan sesi New York lebih rendah.
Harga kekal meningkat pada sentimen pasaran yang semakin pulih berikutan faktor penyusutan US dolar dalam pasaran.
Pada dagangan Selasa, harga dilihat menyambung kenaikan pada awal sesi Asia dengan kenaikan telah melepasi paras ketinggian minggu lalu sekitar 1966.00.
Jika berterusan, harga bakal meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju paras tumpuan pada 1975.00 sebelum kenaikan lebih tinggi akan menuju ke paras harga 2000.00.
Pelabur juga perlu berhati-hati terhadap pemulihan pasaran yang berkemungkinan melihatkan berlaku penjualan emas sehingga harga menurun.
Paras sokongan terhampir yang dilihat akan dituju pada penurunan selepas ini adalah sekitar 1938.00.
Penurunan harga lebih rendah melepasi paras tersebut bakal dijangkakan sehingga ke zon support pada 1900.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI