Penyusutan berterusan US dolar sehingga dagangan penghujung minggu telah menyokong kenaikan harga emas di atas paras harga $1900 semula.
Pada dagangan semalam pada carta XAU/USD, harga telah menguji paras 1900.00 namun gagal melepasinya sebelum menunjukkan penurunan semula.
Kenaikan yang dipaparkan pada hari ini telah berjaya melepasi paras 1900.00 dan menuju zon resistance yang diuji minggu lalu sekitar 1917.00.
US dolar kian susut nilai ekoran sentimen pasaran yang semakin dipulihkan dengan perkembangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Presiden Donald Trump dilihat telah berubah fikiran dalam perbincangan bersama Demokrat dan beliau mahukan sokongan fiskal yang lebih besar dilaksanakan.
Laporan tersebut telah meningkatkan pasaran saham dan dagangan emas juga turut meningkat dengan penyusutan US dolar.
Kenaikan harga yang melepasi paras rintangan minggu lalu bakal menuju ke paras 1938.00 pada zon SBR (support become resistance) sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Sebaliknya jika penurunan harga kembali berlaku, paras 1900.00 akan kembali menjadi tumpuan untuk pelabur menilai adakah harga mampu turun lebih rendah.
Seterusnya zon support pada 1850.00 akan menjadi destinasi tumpuan pada penurunan harga yang diteruskan.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI