Terus mengukir senyuman buat pelabur emas apabila dagangan komoditi berharga tersebut kekal mencatatkan kenaikan harga selepas melepasi paras $2000 per auns.
Kenaikan harga emas ini telah melangkaui jangkaan oleh Goldman Sachs sebelum ini yang meramalkan harga meningkat ke paras $1800 sekiranya krisis pandemik Coronavirus bertambah buruk.
Paras tertinggi dicapai pada sekitar ketinggian 2075.00 pada carta harga XAU/USD dengan pergerakan menaik harga sedikit mendatar.
Berikutan menjadi aset safe-haven dalam pasaran, permintaan terhadap emas terus meningkat dengan ketidaktentuan pasaran khususnya kebimbangan terhadap gelombang Coronavirus terbaru.
Secara teknikal, harga emas pada carta XAU/USD masih mengekalkan trend bullish dengan pergerakan harga berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) untuk rangka masa 1 jam.
Kenaikan lebih tinggi akan terus mencatatkan paras ketinggian terbaru sepanjang masa. Namun jika penurunan harga kembali berlaku, harga akan meneliti paras-paras tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.
Penurunan semula harga emas berkemungkinan akan kembali menghampiri sekitar paras 1950.00 jika harga berjaya turun di bawah paras 2000.00.
Pelabur akan terus memantau faktor-faktor yang mempengaruhi pasaran untuk menilai arah pergerakan harga emas yang seterusnya. Antaranya seperti krisis hubungan antara Amerika Syarikat dan China dan perkembangan penciptaan vaksin Coronavirus. Namun tumpuan pada hari ini adalah terhadap laporan data pekerjaan NFP AS.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI