Pergerakan lemah bagi matawang US dolar pada permulaan dagangan minggu ini telah memberi ruang untuk harga emas pamerkan kenaikan semula.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur harga emas berbanding US dolar telah memperlihatkan harga yang menguji paras 1900.00 di awal sesi Asia telah melonjak melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat trend bullish.
Sehingga dagangan bersambung ke sesi Eropah, zon SBR (support become resistance) sekitar 1910.00 telah diuji dengan momentum kenaikan harga masih dipamerkan.
Kenaikan lebih tinggi harga emas bakal kembali semula ke paras ketinggian awal minggu lalu sekitar 19.32 untuk harga menguji zon resistance tersebut.
Kenaikan lebih tinggi akan menuju ke zon SBR lebih tinggi sekitar 1950.00 setelah harga menjunam dari paras ketinggian tersebut pada dagangan 4 minggu lalu.
Walaupun begitu, pelabur dinasihatkan untuk berwaspada terhadap kemungkinan untuk US dolar kembali mengukuh semula dengan ketidaktentuan pada sentimen pasaran semasa.
Pada minggu ini, isu yang menjadi tumpuan utama adalah perkembangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS), gelombang terbaru Coronavirus dan Brexit.
Sebarang perkembangan yang menambah risiko terhadap pasaran akan mendorong pelabur membuat pembelian ke atas matawang safe-haven USD dan berpotensi memberi tekanan semula terhadap dagangan emas.
Harga boleh kembali menjunam semula di bawah paras 1900.00 dan menuju ke paras sokongan lebih rendah sehingga ke sekitar 1875.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI