Dolar Kanada semakin menunjukkan pengukuhan berikutan pemulihan pada dagangan Komoditi yang menjadi kebergantungan bagi eksport utama Kanada iaitu minyak mentah.
Harga minyak mentah kembali pamerkan kenaikan susulan penurunan pada inventori minyak Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Rabu dengan bacaan angka menurun kepada 2 juta tong.
Hal ini bakal meningkatkan permintaan minyak dalam pasaran di samping faktor pemulihan ekonomi yang turut meningkatkan keyakinan pelabur menuju dagangan penghujung minggu.
Justeru, dapat dilihat pergerakan harga bagi matawang dolar Kanada lebih kukuh berbanding US dolar pada carta pasangan USD/CAD.
Pada dagangan semalam, harga sekali lagi menguji paras rintangan sekitar 1.34200 di mana telah diuji sejak minggu lalu namun masih gagal melepasinya.
Harga kembali pamerkan penurunan semula dan penurunan yang melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga telah memberi petunjuk awal kepada pelabur untuk perubahan trend bearish di carta USD/CAD.
Penurunan harian dicatatkan sekitar 120 pipis mencecah ke paras 1.33000 yang merupakan zon support bagi dagangan sebelum ini.
Penurunan ketara ini juga turut disokong oleh penyusutan bagi matawang US dolar selepas keyakinan pelabur terhadap perkembangan rundingan berkenaan pakej rangsangan AS.
Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini, harga kekal meneruskan penurunan lebih rendah di bawah paras 1.30000 dan dijangka akan ke zon RBS (resistance become support) 1.32400-1.32000.
Jika kenaikan harga berlaku semula, zon SBR (support become resistance) 1.33000 akan kembali diuji semula dan kenaikan harga yang berjaya ke paras lebih tinggi akan kembali semula ke zon resistance 1.34200.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI