Pengurus dana Brazil, Hashdex bersama Nasdaq telah menandatangani perjanjian untuk melancarkan Dana Pertukaran-Perdagangan (ETF) aset kripto pertama dunia di Bermuda Stock Exchange (BSX) beberapa hari lalu.
BSX telah mengesahkan Hashdex Nasdaq Crypto Index pada minggu lepas, mendedahkan tiga juta saham Class E akan dikeluarkan untuk dagangan melalui platform tersebut.
Dana tersebut dijangka boleh mula didagangkan secara langsung di BSX bermula hujung 2020.
Menurut laporan, Hashdex memilih untuk bekerjasama dengan BSX berikutan undang-undang kripto Bermuda yang mudah diaplikasikan.
Maklumat penting berkenaan rancangan tersebut akan didedahkan oleh Nasdaq ketika pelancarannya akan datang.
Pelancaran ETF akan memajukan institusi pelaburan dalam sektor kripto.
Pada awal minggu ini bekas eksekutif Goldman Sachs dan pengurus dana, Raoul Pal menjangkakan pelancaran Bitcoin ETF di Amerika Syarikat (AS) akan berlaku tidak lama lagi.
Sebelum ini United States Securities and Exchange Commission (SEC) telah menolak cadangan penubuhan Bitcoin ETF yang dikemukakan oleh kembar Winklevoss dan broker Wilshire Phoenix termasuk NYSE Arca.