Badan kelulusan perubatan India telah memberi Hetero Labs lampu hijau untuk mengeluar dan memasarkan ubat Covid-19, remdesivir ciptaan syarikat Amerika iaitu Gilead Sciences, dalam satu kenyataan syarikat farmaseutikal India tersebut pada Ahad.
Ubat itu, yang akan dipasarkan dengan nama jenama Covifor, berkemungkinan dijual pada harga 5,000 hingga 6,000 rupee (USD66- USD79) untuk dos 100 miligram, kata Hetero.
Selain itu, syarikat India Cipla Ltd juga telah mendapat kelulusan dari Drug Controller General of India (DGCI) untuk membuat dan memasarkan ubat tersebut, menurut laporan dari Indian Express.
Sebelum ini, Gilead Sciences Inc telah menandatangani perjanjian perlesenan bukan eksklusif pada bulan lalu dengan lima pembuat ubat generik yang berpusat di India dan Pakistan untuk memperluaskan bekalan rawatan COVID-19 ke seluruh dunia.
Perjanjian tersebut membolehkan Jubilant Life Sciences Ltd, Cipla, Hetero Labs, Mylan NV dan Ferozsons Laboratories Ltd membuat dan menjual ubat tersebut di 127 negara.