Sentimen Kembali Positif, Ubat Gilead Dilaporkan Berkesan Merawat Pesakit COVID-19

613

Sentimen sesi pasaran Asia hari ini menyaksikan perkembangan positif dalam isu pandemik coronavirus, di mana terdapat laporan mengenai ubat rawatan COVID-19 yang menunjukkan keberkesanan dalam merawat pesakit yang dijangkiti.

Laman web berita perubatan STAT, yang memetik perbincangan yang direkodkan antara doktor yang terlibat dalam percubaan klinikal, mengatakan bahawa kebanyakan 125 pesakit yang diberi ubat Gilead di sebuah hospital di Chicago telah sembuh.

Matawang Asia, dolar Aussie dan New Zealand kembali memaparkan peningkatan berbanding US dolar, dengan dolar New Zealand mencatat peningkatan sebanyak 1% dan diniagakan di sekitar paras harga $0.6020.

Penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China pada pagi ini dijangka akan mempengaruhi pergerakan kedua-dua matawang Asia tersebut. Pertumbuhan ekonomi China diunjurkan menguncup 6.2% pada suku pertama berikutan terkesan oleh penularan COVID-19 di negara itu.

Sementara itu, US dolar kembali memaparkan penyusutan pada sesi Asia hari ini selepas mencatat peningkatan berbanding matawang utama pada sesi sebelumnya.

Matawang USD pada mulanya meraih peningkatan dan mempamerkan prestasi terbaik berbanding sekumpulan matawang utama pada sesi dagangan semalam, disokong oleh peningkatan permintaannya sebagai aset safe haven ketika kebimbangan terhadap kesan COVID-19 kepada ekonomi global terus membelenggu pasaran.

Laporan tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat yang diterbitkan malam tadi masih menunjukkan peningkatan ke pada 5.24 juta, menjadikan jumlah tuntutan setakat 4 minggu terbaru mencecah 22 juta, dan ini merupakan angka yang paling tinggi pernah dicatatkan sejak Great Recession.

Pada minggu lepas, sebanyak 5.24 juta tuntutan telah dibuat oleh warga Amerika yang terjejas akibat COVID-19. Bacaan ini bagaimanapun dilihat lebih baik daripada rekod pada minggu sebelumnya yang dicatatkan sebanyak 6.6 juta dan unjuran pasaran untuk meningkat 5.35 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat