Laporan tinjauan zon Eropah yang kukuh dan harapan terhadap kemajuan runding Brexit yang semakin tinggi telah medorong pengukuhan matawang Euro melebihi paras tukaran $1.22 berbanding US dolar pada hari Rabu untuk pertama kalinya sejak April 2018.
Matawang Euro telah mengukuh hampir 13% sejak Kesatuan Eropah mengumumkan dana pemulihan ekonomi pada bulan Mei. Data ekonomi yang lebih kukuh sejak akhir-akhir ini telah mendorong penganalisis menjangkakan matawang Euro terus menggunguli dolar Amerika Syarikat dalam beberapa bulan akan datang.
Jangkaan tersebut turut disokong selepas data tinjauan pembuatan dari Jerman dan Perancis menunjukkan indikasi bahawa ekonomi terbesar di Eropah dijangka akan pulih dengan lebih pantas.
Matawang Euro mengukuh 0.32% berbanding US dolar pada paras tukaran 1.2191 setakat jam 10.00 p.m. Menurut pakar strategi di Societe Generale, Kenneth Broux berpendapat bahawa data seperti PMI Eropah yang kukuh, harapan terhadap kemajuan Brexit dan jangkaan Fed yang cederung dovish telah meningkatkan selera risiko di pasaran matawang.
Ursula von der Leyen, presiden Suruhanjaya Eropah, mengatakan bahawa beliau tidak dapat memberi kesimpulan sama ada EU dan Britain akan mencapai perjanjian perdagangan atau tidak, namun kemajuan telah dicapai dan beberapa hari mendatang akan menjadi kritikal.
Disisi lain, para pelabur terus memberi tumpuan pada hasil mesyuarat the Fed pada awal pagi Khamis. Para penggubal dasar dijangka akan mengekalkan kadar faedah semalaman pada paras hampir sifar dan memberi isyarat akan terus dikekalkan untuk beberapa tahun akan datang.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat penyusutan sebanyak 0.25% kepada paras tukaran 90.192 setakat jam 10.15. p.m.