Matawang dolar Kanada mengukuh berbanding US dolar pada hari Rabu susulan pengumuman oleh Bank Pusat Kanada sesuai dengan pasaran.
Saham global mencatat rekod pencapaian yang memberangsangkan dengan penggubal undang-undang Amerika Syarikat (A.S) meneruskan rundingan mengenai rangsangan tambahan untuk mendorong pemulihan ekonomi yang terkesan daripada penularan wabak Covid-19.
Bank Pusat Kanada sesuai jangkaa dmengekalkan penanda arasnya kadar faedah pada paras rendah 0.25%. Menurut pakar strategi, Benjamin Reitzes menyatakan bahawa pengumuman Bank Pusat akan merangkumi perkembangan vaksin Covid-19 dan peningkatan jumlah kes Covid-19 sehingga mendorong kemungkinan sekatan baru diumumkan.
Matawang US dolar menyusut sebanyak 0.16% berbanding matawang Kanada pada paras tukaran 1.2794.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama susut sebanyak 0.05% pada paras tukar 90.922.
Di sisi lain, isu Brexit masih menjadi kebimbangan pemain pasaran kerana kedua-dua belah pihak masih belum menemui titik temu.
Perdana Menteri UK, Boris Johnson sedikit kecewa dengan apa yang berlaku dan memberi amaran kepada Kesatuan Eropah (EU) pada hari Rabu bahawa permintaan yang diusulkan oleh EU adalah tidah munasabah.
Pengukuhan GBP mula terbatas dengan hanya berjaya mengukuh sebanyak 0.57% berbanding US dolar setakat jam 10.45 p.m.