Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY turut mempamerkan kenaikan ketara pada dagangan awal minggu dengan reaksi pasaran terhadap laporan awal perkembangan positif penghasilan vaksin Covid-19.
Vaksin yang dihasilkan bersama oleh Pfizer dan BioNTech mendakwa bahawa tahap keberkesanan mencapai 90%, sekaligus meningkatan keyakinan pelabur semula terhadap pemulihan ekonomi global.
Disebabkan itu, pelabur mula melepaskan pegangan terhadap aset safe-haven dan beralih pada dagangan berisiko yang memberikan pulangan lebih tinggi.
Yen Jepun nyata ketara terkesan sebagai mata wang safe-haven dengan penyusutan dipamerkan berbanding mata wang utama yang lain semalam.
Seperti yang dilihat pada carta EUR/JPY, harga telah melonjak sehingga 220 pips mencapai paras ketinggian pada 125.00 selepas harga melepasi rintangan paras 123.100.
Namun, harga kembali turun semula selepas menguji paras ketinggian tersebut yang juga merupakan zon resistance sebelum ini yang diuji pada dagangan Oktober lalu.
Penurunan lemah harga pada sesi Asia pagi ini dilihat kembali menguji paras 124.300 pada kenaikan yang ditunjukkan sehingga dagangan yang bersambung ke sesi Eropah di mana turut menjadi lokasi tumpuan harga.
Sentimen pasaran yang mempengaruhi dagangan Yen akan menjadi faktor pemacu pergerakan harga selanjutnya pada carta EUR/JPY ini.
Jika harga berjaya membuat kenaikan, zon resistance 125.000-125.400 akan diuji sebelum harga berkemungkinan meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.
Namun jika harga membuat penurunan lebih rendah, paras tumpuan 123.100 yang menjadi rintangan sebelum ini akan kembali diuji.
Penurunan harga di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga juga akan memberi isyarat awal perubahan trend bearish.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI