Matawang Euro menunjukkan pengukuhan pada hari Khamis susulan Bank Pusat Eropah mengumumkan pelan rangsangan yang selaras dengan jangkaan sebelum ini. Disisi lain, matawang sterling terus susut setelah rundingan perdagangan pasca-Brexit dilanjutkan sehingga hujung minggu.
ECB mengambil keputusan untuk menambah jumlah program kecemasan pembelian bon daripada 500 bilion euro ($ 605.40 juta) kepada 1.85 trilion euro dan tempoh program ini dilanjutkan selama 9 bulan sehingga Mac 2022. Ini bertujuan untuk bagi memastikan kos pinjaman kerajaan dan korporat pada tahap terendah.
Walaubagaimanapun, langkah tersebut tidak mengejutkan para pelabur kerana bank pusat telah membuat penjelasan yang lebih awal mengenai rancangan pelonggaran monetari dan pembelian bon.
Matawang Euro mengukuh sebanyak 0.30% berbanding US dolar pada paras tukaran 1.2119 setakat jam 10.00 p.m.
Pasaran kini menantikan ulasan lebih lanjut dari pengerusi ECB Christine Lagarde mengenai pengukuhan matawang sejak akhir ini.
Di antara perkembangan positif lain bagi Zon Eropah zon, para pemimpin EU di Brussels dilihat tidak menyekat pakej 1.8 trilion euro yang direncanakan untuk membantu memulihkan ekonomi yang terkesan akibat pandemik Covid-19.