Saham Alibaba jatuh di Hong Kong dan sesi dagangan AS dalam tempoh beberapa jam ketika sebuah laporan muncul bahawa kerajaan China sedang melakukan siasatan anti-monopoli terhadap syarikat teknologi itu.
Menurut Pentadbiran Negara China, pihaknya telah membuka siasatan terhadap Alibaba mengenai amalan monopoli. Berdasarkan laporan tersebut, isu utama yang dikemukakan adalah amalan yang memaksa pedagang memilih salah satu daripada 2 platform, dan bukannya dapat bekerja dengan kedua-duanya.
Sementara itu, Alibaba telah mengesahkan bahawa penyiasatan tersebut telah dijalankan akan tetapi, operasi perniagaannya tetap berjalan seperti biasa.
Berikutan dengan itu, saham Alibaba yang disenaraikan di Hong Kong telah turun lebih dari 8% pada hari Khamis pada sesi akhir dagangan manakala saham mereka yang diperdagangkan di New York mengalami penurunanan lebih daripada 3% dalam sesi dagangan pada Rabu lalu.