Dagangan Pound Sterling sebelum ini dilihat berjaya paparkan pengukuhan harga walaupun di tengah-tengah situasi genting yang tercetus di antara United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU).
Keadaan menjadi semakin tegang dengan rang undang-undang pasaran dalaman yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri UK Boris Johnson yang dilihat mencemari perjanjian Brexit bersama EU.
Pound kembali bergerak lemah menjelang keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada sesi Eropah petang nanti dengan jangkaan untuk bank pusat terus mengekalkan kadar faedah.
Berkemungkinan penularan wabak pandemik di UK akan meningkatkan sekatan ke atas beberapa lagi tambahan kawasan. Justeru, pelabur akan meneliti unjuran polisi oleh BOE berdasarkan situasi ekonomi semasa.
Pergerakan menarik harga dilihat pada carta pasangan matawang GBP/USD dengan kenaikan sebelum ini telah berjaya melepasi zon SBR (support become resistance) 1.29000 dan berjaya mencapai paras ketinggian di zon SBR 1.30000 pada sesi New York semalam.
Namun setelah mencapai paras ketinggian terbaru mingguan itu, harga kembali membuat penurunan semula sehingga bersambung di sesi pasaran Asia pagi ini.
Penurunan harga walau bagaimanapun masih belum melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang menunjukkan trend belum berubah bearish.
Menyentuh paras 1.29000 semula, harga kembali pamerkan kenaikan di awal sesi Eropah hari ini.
Kenaikan harga dijangka akan menguji semula paras penting 1.30000 sebelum kenaikan lebih tinggi akan ditentukan harga.
Namun jika penurunan lebih rendah berlaku, jangkaan penurunan harga akan kembali mencecah ke zon support pada 1.27600.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI