Nilai emas akan kembali meningkat jika sentimen pasaran berisiko. Beberapa faktor kini dinilai pelabur akan terus meningkatkan risiko dalam pasaran.
Antaranya kejatuhan pasaran Wall Street berikutan penurunan ketara dipamerkan pada saham-saham teknologi. Selain itu, pasaran minyak mentah yang kembali merosot juga telah meningkatkan kebimbangan global.
Terbaru, terdapat laporan yang kurang menyenangkan berkenaan ujian vaksin AstraZeneca yang terpaksa dihentikan ekoran ada peserta yang jatuh sakit.
Dagangan emas pada carta harga XAU/USD dilihat kembali melonjak pada sesi New York semalam setelah penurunan pada sesi sebelumnya gagal menyentuh paras support 1900.00.
Namun dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini dilihat kembali perlahan dan mendatar di sekitar paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Pengukuhan US dolar juga turut membantutkan kenaikan pada harga emas walaupun harga dijangka akan terus meningkat pada sentimen yang kekal berisiko.
Kenaikan harga emas lebih tinggi berkemungkinan akan mencapai paras sekitar 1950.00 iaitu pada zon SBR (support become resistance).
Namun jika harga kembali mengalami kejatuhan semula, pelabur ingin melihat reaksi harga pada zon support 1900.00 sama ada harga mampu menembusinya ke paras lebih rendah atau pantul membuat kenaikan semula.
Lihat gambar carta pasangan matawang XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI