Kadar pengangguran Australia meningkat pada bulan lepas ketika lebih ramai orang berusaha mencari pekerjaan, tetapi terdapat lonjakan ketara dalam jumlah yang diambil bekerja setelah sekatan coronavirus di Victoria dilonggarkan.
Biro Statistik Australia (ABS) melaporkan kadar pengangguran meningkat 7.0% pada bulan Oktober daripada 6.9% yang dicatatkan sebelumnya, tetapi lebih baik daripada jangkaan untuk kenaikan 7.1%.
Pekerjaan meningkat sebanyak 178,800 pada bulan lepas, mengalahkan jangkaan pasaran untuk pengurangan 27,500 sementara kadar penyertaan pekerja pula melonjak kepada 65.8% daripada 64.8% pada September.
Ketua Statistik Buruh di ABS, Bjorn Jarvis mengatakan peningkatan yang kuat ini bermaksud pekerjaan pada bulan Oktober hanya 1.7% di bawah tahap pada bulan Mac dan mencerminkan lebih banyak orang kembali bekerja.
Dolar Aussie sedikit meningkat setelah menyaksikan bacaan data pekerjaan yang memberangsangkan dengan didagangkan di sekitar harga 0.7295 berbanding USD pada sesi Asia.
Ketika warga Victoria kembali bekerja selepas sekatan diangkat semula, reserve Bank of Australia (RBA) meramalkan lonjakan dalam penyertaan pekerjaan akan meningkatkan kadar pengangguran di bawah 8%.