Matawang komoditi bergerak lemah pada dagangan Khamis susulan sentimen pasaran kembali berisiko berikutan kebimbangan semakin meningkat terhadap gelombang Coronavirus yang terbaru.
Angka jangkitan di kawasan-kawasan utama di Amerika Syarikat termasuk Florida, Houston kini dilaporkan hampir mencapai kapasiti penuh di hospital-hospital.
Dolar Australia antara yang turut terkesan disebabkan perubahan sentimen berisiko pasaran sementara US dolar kembali mendapat kelebihan.
Australia juga turut mencatatkan lonjakan kes jangkitan Covid-19 yang terbesar sejak April lalu dan semakin memberi tekanan terhadap matawang Aussie. Hal ini telah memberi kebimbangan semula selepas negara itu melonggarkan sekatan pergerakan pada beberapa minggu lalu.
Dolar Aussie bergerak lemah berbanding US dolar pada dagangan Rabu semalam dengan penurunan harian pada carta pasangan AUD/USD mencecah 100 pips.
Harga turun dari paras ketinggian 0.69600 dan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga. Harga bergerak perlahan bersambung pada sesi Asia pagi ini di sekitar paras 0.68600.
Bergerak di bawah paras MA50 yang memberi isyarat bearish harga, awal sesi Eropah melihatkan harga bersedia untuk menyambung penurunan ke paras lebih rendah.
Jangkaan penurunan harga akan menuju zon support sekitar 0.68000 dan jika momentum terus dikekalkan, harga bakal turun lebih rendah mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu menuju 0.66800.
Namun jika kenaikan harga berlaku, zon SBR (support become resistance) sekitar 0.69000 akan diuji sebelum harga cuba melepasi paras ketinggian yang dicapai pada Selasa lalu.
Seterusnya, zon resistance di paras ketinggian sekitar 0.70000 dilihat sebagai destinasi tumpuan harga pada kenaikan yang diteruskan.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI