Matawang US dolar mula menunjukkan kemajuan dengan mencatat pengukuhan yang lebih tinggi pada hari ini. Dalam sesi dagagnan Amerika Utara, US dolar telah mencatat pengukuhan sebanyak 0.62% pada 1.3182. Sekiranya momemtum ini dapat diteruskan, US dolar akan mencatat pengukuhan satu hari terbaik sejak pertengahan Jun.
Tidak ada apa-apa acara pada hari Selasa yang mendorong pergerakan matawang dolar Kanada. Kemuncak perkara yang mempengaruhi pergerakan matawang ialah mesyuarat dasar Bank Pusat Kanada iaitu penuranan kadar dari 0.75% kepada 0.25% pada bulan Mac bagi menstabilkan ekonomi yang dipengaruhi oleh pandemik Covid-19.
Jumlah pekerjaan yang baik pada minggu lepas di Amerika Syarikat telah mendorong pengukuhan US dolar pada minggu ini. Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan kepada paras 93.243 setakat jam 12.25 a.m.
Disisi lain matawang pound terus jatuh menjunam selepas Perdana Menteri Boris Johnson beri ancaman dengan menetapkan tarikh akhir rundingan perdagangan pada 15 Oktober.Kegusaran bertambah meningkat apabila terdapat kemungkinan yang tinggi akan terjadinya no-deal Brexit.
Matawang pound didagangkan rendah sebanyak 0.91% kepada paras bacaan 1.3047 setakat jam 12.25 a.m.