Pegawai Korea Selatan mendedahkan bahawa Kim Jong Un, pemerintah Korea Utara tidak pernah menjalankan sebarang pembedahan atau menerima rawatan sepanjang tiga minggu ketiadaan beliau daripada pemerhatian media.
Tanpa memberikan sebarang alasan, pegawai tersebut turut mendakwa berita spekulasi mengenai perbezaan pergerakan kaki Kim sebaik sahaja menjalani pembedahan juga tidak benar.
Laporan dan gambar lawatan pemerintah tersebut ke sebuah kilang pembuatan baja Kim membuktikan bahawa pemerintah itu akhirnya telah memunculkan diri setelah berminggu-minggu ‘hilang’ dengan spekulasi mengenai kesihatan beliau menjalani pembedahan kardiovaskular.
Kesahihan gambar tersebut yang disiarkan di laman web akhbar rasmi Rodong Sinmun tidak dapat dibuktikan. Namun melalui rakaman televisyen negeri menunjukkan pergerakan kaki Kim agak kaku dan sedikit goyah.
Semalam dilaporkan Korea Selatan dan Korea Utara saling berbalas tembakan di sekitar kawasan pos pengawal yang terletak di Zon Bebas Tentera (Demilitarized Zone) atau DMZ yang menjadi sempadan kepada dua negara itu.
Kejadian itu berlaku sehari selepas media Korea Utara mendedahkan kemunculan Kim Jong Un dalam lawatan kilang tersebut.
Tembakan daripada Korea Utara tidak memberi sebarang kecederaan atau kerosakan ketara terhadap pos pengawal di Korea Selatan. Manakala, Korea Selatan membalas serangan tersebut dengan dua tembakan berdasarkan protokol yang telah digariskan.
Menurut timbalan presiden Institut Kajian Dasar Polisi Asan, Choi Kang, tembakan tersebut dilihat sebagai satu provokasi yang dirancang, menunjukkan Korea Utara masih dibawah pengaruh Kim Jong Un.
Keadaan ini sedang dipantau dan dinilai oleh Pemerintah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNC) atau PBB pimpinan Amerika Syarikat (A.S) dengan kerjasama Ketua Turus Staf (JCS) di Seoul.