Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Ini mungkin menjadi titik transformasi buat syarikat Kodak.
Kodak yang sinonim dengan fotograf akan mengalami transformasi di bawah Akta Pengeluaran Pertahanan, menjadi pengeluar bahan ubat-ubatan termasuk hydroxychloroquine, yang didakwa berkesan merawat virus COVID-19.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan perjanjian itu begitu penting, melakarkan sejarah bagi industri farmaseutikal di AS.
Dikatakan Kodak akan menerima $765 juta pinjaman di bawah akta yang sama bagi penubuhan syarikat farmaseutikal dan akan memiliki kapasiti penghasilan 25% bahan farmaseutikal aktif ubat generik yang diperlukan bagi kegunaan majoriti farmaseutikal non-biologic dan nonantibacterial di negara itu.
AS menghasilkan kurang daripada 10% bahan farmaseutikal aktif untuk ubat-ubatan yang terjual, manakala lebih dari 50% dihasilkan di India dan China.
Justeru, menerusi transformasi Kodak ini dapat memberi jaminan lebih banyak ubat-ubatan akan dihasilkan secara domestik, tanpa perlu bergantung kepada negara luar.
Peruntukan kepada usaha ini menelan perbelanjaan sebanyak $3.2 bilion, merupakan yang ke 33 kali akta tersebut digunakan bagi memperluaskan lagi sektor perubatan yang kritikal di negara itu.
Sebelum ini, AS telah membuat pelaburan terhadap Pfizer, BioNTech, Novawax, Johnson & Johnson, Emergent Biosolutions dengan tujuan yang sama, mengkaji dan menghasilkan vaksin koronavirus.
Tidak lupa inisiatif terbaharu sebelum Kodak, AS juga membuat pelaburan kepada Fujifilm bagi penghasilan vaksin dengan peruntukan sebanyak $265 juta.
Harga saham Kodak yang melonjak tiga kali ganda pada Selasa, menyaksikan lonjakan sebanyak 40% setelah keputusan itu diumumkan oleh pemerintah AS.























































