Beijing mendesak agar kedua-dua belah pihak AS dan Iran agar tidak bertindak terburu-buru selepas ketegangan geopolitik semakin meningkat di Timur Tengah. China merupakan salah satu negara yang mempunyai pergantungan yang besar terhadap minyak.
Pada hari Sabtu lepas, Menteri Luar China, Wang Yi telah mendapat panggilan telefon daripada Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif sebagaimana yang dilaporkan dalam laman sesawang kementerian luar China.
Dalam kenyataan bertulis tersebut menyatakan China membantah sebarang tindakan kekerasan dalam perhubungan antarabangsa. China menggesa agar pihak Amerika syarikat mencari resolusi melalui dialog berbanding menggunakan kekerasan.
Pada hari ini Iran telah menyatakan sumpah untuk bertindak balas terhadap Amerika Syarikat atas tindakan yang dilakukan. Menurut tabloid China, Global Times, jika A.S dan Iran berperang maka ia akan memberi impak yang lebih buruk berbanding kebaikan kepada China.
Para pelabur kini memilih untuk melabur dalam emas dan matawang safe haven. Matawang yen telah mengukuh ke paras tertinggi 3 bulan iaitu pada para 107.77 berbanding US dolar. Disisi lain matawang swiss franc melonjak ke paras tertinggi 4 bulan berbanding matawang Euro.