Belum reda isu COVID-19, kini dunia digemparkan pula dengan satu lagi kemunculan virus baharu di China. Sebanyak 7 nyawa telah terkorban manakala 60 individu lain dijangkiti. Pasti ramai yang tertanya-tanya haiwan apa pula yang menjadi punca kepada penyebaran virus ini?
Virus tersebut dikenali sebagai Tick Borne Virus dan ianya dikhabarkan berpunca daripada kutu. Berikutan dengan jangkitan terbaru itu, rakyat negara berkenaan telah pun diingatkan bahawa virus tersebut boleh menjangkiti manusia serta mereka perlu berada dalam keadaan berjaga-jaga.
Di samping itu, lebih 37 individu yang menetap di Jiangsu, Timur China dilaporkan telah dijangkiti. Bukan itu sahaja! Terdapat lebih 23 individu di Anhui juga dijangkiti dengan virus yang sama!
Salah seorang pesakit yang dijangkiti mendedahkan bahawa gejala yang dialami ialah demam dan batuk. Selain itu, pakar perubatan dapat mengesan bahawa terdapat penurunan leukosid dan platlet darah pada pesakit.
Bagai jatuh ditimpa tangga, begitulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan situasi terkini di China. Satu per satu virus baharu menyerang mereka, adakah dunia akan terus berdiam diri?