Euro kekal menyambung pengukuhan berbanding US dolar pada pembukaan dagangan awal minggu ini di sesi Asia selepas menutup dagangan di paras tertinggi sejak September 2018 pada carta harga pasangan matawang EUR/USD.
Lebih ketara adalah penyusutan US dolar dengan momentum penurunan nilai sejak minggu lalu. Matawang Amerika Syarikat (AS) itu mencatatkan penurunan mingguan terbesar dalam tempoh 4 bulan.
Ekonomi AS masih lagi berada dalam tekanan dan pada minggu ini, pelabur akan memberi tumpuan terhadap data pertumbuhan GDP AS dan juga mesyuarat FOMC untuk menilai langkah-langkah yang diambil oleh bank pusat dalam berdepan krisis tekanan ekonomi.
Pergerakan harga pada carta EUR/USD Jumaat lalu melihatkan harga menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum bergerak di atas paras 1.16000 sebelum menutup dagangan minggu lalu di paras ketinggian sekitar 1.16550.
Namun, memulakan dagangan pada sesi Asia pagi ini melihatkan harga terus membuat kenaikan lebih tinggi berbanding paras penutupan minggu lalu dengan kenaikan di sesi Asia telah melepasi paras harga 1.17000. Ini adalah paras tertinggi harga untuk tempoh hampir 2 tahun.
Dengan momentum kenaikan yang terus dikekalkan, jangkaan harga bakal meneruskan kenaikan sehingga ke paras ketinggian 1.18000.
Paras tersebut merupakan paras resistance harga untuk dagangan September 2018 lalu sebelum harga terus menurun sehingga ke tahun ini.
Namun jika harga kembali membuat penurunan, paras-paras penting seperti 1.16000 dan 1.15000 akan menjadi tumpuan harga sebelum menguji semula zon RBS (resistance become support) pada 1.14500.
Dagangan penghujung minggu berkemungkinan lebih bergelora pada chart EUR/USD dengan data ekonomi Eropah diterbitkan di samping mesyuarat FOMC yang menjadi tumpuan utama minggu ini.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI