Lebih dari seminggu harga Bitcoin (BTC) mencatatkan lonjakan berterusan akhirnya mendorong aset digital itu menghampiri paras tahap utama, $12,000.
Berdasarkan pemerhatian penganalisis pada Isnin, BTC telah meningkat 3.4% sekitar $11,835. Secara tidak langsung, nilai $12,000 menjadi rintangan utama sebelum melonjak ke paras sasaran terbaru.
Beberapa matawang digital lain juga menyaksikan lonjakan 4.5%, sementara Dash dan Monero masing-masing menyaksikan lonjakan tertinggi iaitu 5%.
Pengasas Quantum, Mati Greenspan berpendapat lonjakan tersebut dikaitkan dengan pertemuan maya antara Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dengan pengurus urusan BIS, Agustin Carstens serta pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell semalam.
Dilaporkan pertemuan itu bertujuan untuk membincangkan isu pembayaran rentas sempadan dan matawang digital.
Powell memberitahu bank pusat sedang menimbang kos dan manfaat penggunaan matawang digital. Namun, masih belum memutuskan sama ada untuk menubuhkan atau tidak.
Malah, figura itu juga turut akui Libra Facebook berpotensi untuk menjadi pemangkin tumpuan isu-isu berkaitan.
Majoriti penganalisis positif dengan lonjakan matawang kripto, termasuk penawarannya yang terhad dan lebih banyak penyertaan institusi besar sejak kebelakangan ini seperti Square Inc yang membuat pelaburan sekitar $50 juta dalam Bitcoin.